Wednesday, December 29, 2010

Bad Man




Wahai lelaki kaum sejenisku,
aku kasihan dengan wanita-wanita ini
mereka perlu perlindungan,mereka ingin kepercayaan
tapi kenapa kau balutkan kepalsuan
tatkala mendengar rintihan mereka
aku turut terkena tempiasnya
tidak bolehkah kalian menyayangi mereka?
menghindarlah kalau niatmu hanya suka-suka
kerna wanita itu lembut hatinya

Wahai lelaki pemimpin keluarga
masa mudamu jangan lah mempermainkan wanita
aku benci melihat segala
anak kau buat,dapat kau campak
hati kau miliki,bosan kau caci
tidak kasihan kah mereka?
sang wanita yang mulia menjadi mangsa



Wahai wanita kakak dan adikku,
Benar firasat awalmu lelaki tak boleh dipercaya
kenapa rayu pujuk mereka kau trima jua
aku ini insan biasa tak bisa ku halang
naluri cintamu pada pemuda
tetapi
beringatlah dalam lipatan iman
akan terselit jua hama kejahatan
aku nasehatkan kalian kerna aku lelaki
lelaki yang tahu kemahuan lelaki

Wahai bakal2 isteri mulia,
kisahku dan dia pernah menjadi sejarah
kesalku membuat hatinya berdarah
aku tidak mahu kalian merasa
cinta tak ikhlas dari lelaki buaya
carilah yang sepadan
tunggu lah jodoh pertemuan
InsyaAllah bahagia kalian berkekalan


*Barakallahu lakuma wabaroka alaikuma wa jamaah bainakuma fi khoir

Tuesday, December 28, 2010

Mari berazam di 2011



Ahh malasnya setiap kali nak update blog.Setiap kali nak update blog benda mcam ni mesti datang.Kalau lah boleh blutooth je idea2 ni terus ke blog and then post jer,kan senang.HAHA.Cukup berimaginasi.Okay so kali ni nak citer pasal azam tahun baru.Eh ,sejak bila pulak aku pandai berazam nih.Bukan selalu nya aku follow the flow ke.Sebab aku suka bebas.Aku nak buat apa yang aku suka.Tapi apa salahnya berazam.Kalau nak makan pun kite kena berazam.Marilah kita berazam ye.Jadi tak jadi belakang kira kan.


*gambar tiada kaitan dengan sesiapa ye

Berikut antara senarai-senarai azam tahun baru aku:-

-Build six pack
-get dean list
-solatul jamaah (subuh especially )
-every month mesti ad simpanan 10% dari loan bulanan..mean RM50
-solat 5 waktu
-my final year so must be my best semester..study.study..study..
-build up my hockey's team..arrange friendly tuk dorang..
-cari calon isteri (err walaupun belom keje lagi..haha)
-kurangkan berfacebook
-active blogging

Entah jadi entah tidak kan.Tapi ada kawan cakap dengan membuat senarai macam ni,kita boleh semak
bila hujung tahun menjelma.Dalam banyak2 mesti ada 1-2 yang kita dah buat.So we will see mane satu yang aku dah buat.


-

-


Monday, December 20, 2010

Kecewa


Ku pendamkan kecamuk hati
Tatkala aku dibebani ujian
Ku relakan keputusan ini
Walaupun ia menyakit hati
Mengapa ini yang harus aku tanggung

Aku bisa memerhati suasana
Aku anggap semua itu biasa
Pabila satu demi satu kepayahan bertaut
Aku perlukan sokongan

Ya Allah Ya Tuhanku
Bermula nya kekecewaan dan kegagalan ini
Kau suburkanlah benih perubahan dalam diri
supaya suatu hari nanti
aku beroleh redha Mu di sana


Explorasi Gunung Ledang GPMS







Wahh..aku amat kesal sebab lama tak update blog ni.Faktor-faktor tertentu menyeret aku untuk tidak menulis entri2 terbaru.Tapi tajuk kali ini membuatkan aku teruja habis nak bercerita.Sebagai ahli GPMS yang bersemangat,aku akan sebar2kan pengalaman yang aku lalui sepanjang mengikuti program GPMS di Gunung Ledang,3 Disember 2010(Jumaat).


Ini kali ke-2 aku mengikuti program yang sama.Kali ini sebagai Advance di mana pada fasa Asas aku telah mengikuti dengan jayanya.Di Advance kami tidak d layan manja seperti mana Asas.Kalau dilihat perjalanan aku sebagai budak Advance,memang manusia kental je akan lalui.

Khamis,Jam 2305..
Sampai di destinasi.Program bermula Jumaat tapi yela,aku kan dah Advance so kena la awal.Malam pulak tuh.Tambah hujan lagi.Setelah meredah hutan selama 10 minit sampai lah kami ke tapak camping.Seramai 14 orang yang berani untuk ke Advance.

Jumaat,Jam 0100..
Di sebalik dengkuran unggas,aku dan yang laen2 berusaha memasang khemah.Sejuk.Ngantok.Semua berbaur dalam diri.Tapi kami adalah pejuang,peduli apa semua tuh.Objektif tercapai dan kami terus ditugaskan memasak pula.Tanpa membantah arahan di turuti.Sampai solat subuh baru lah siap makan.Then sebelum Jam 0730 kami berehat seketika.


Suasana manja2 di Kem Asas

Komrad Advance yang tekun mendengar wasiat Raja2 Melayu.



Ada satu task.Buat satu negara yang lengkap.Lantik pentadbiran sume.So gambar di atas adalah hasilnya.Negara kami siap dengan masjid sume.Dan aku di lantik sebagai Menteri Luar negeri.
Selepas siap task,kami di hujani dengan soalan2.Perghh .Di sini critical thinking memain peranan untuk menjawab soalan.Kalau yang jenis lembab,anda akan melopong bila di tanya.
Di kem ini,maki adalah perkara biasa.Atas tujuan menguji mental.KO BODOH.SAYA LEMBAB TUAN.dan pelbagai lagi ayat caci maki di lepaskan.Bagi yang tak biasa mereka akan anggap ini suatu penghinaan.

Komrad Advance di denda berendam dalam air

Makan di sekat.Sebungkus maggee dimakan 14 orang.Air sungai di panaskan.Kadang2 baru makan nasi.Pakaian jangan citer la.Kurang dari 3 helai dari ujung rambut sampai ujung kaki.Seluar dalam sekali.Paling seronok bila hujan dan di denda rendam dlam air,baju aku basah.Terpaksa la tidur dalam pakaian yang basah.Best kan??Nak taw ape paling best.Gosok gigi la.Kami tak di bekalkan dengan peralatn mandi.Jadi kami memang tak mandi dan tak gosok gigi.Jadi pada hari ke-3(sabtu) ,kami dibenarkan gosok gigi.Hanya dengan sebatang berus gigi kami berkongsi seramai 14.Secara bergilir.


Gambar di atas adalah time water konfiden.Nampak cetek.Tapi dalam.Berenang adalah satu kemahiran.Jadi yang tak ada basic memang susah la waktu aktiviti ni.Tapi peserta telah di pesan supaya jangan panik.Panik adalah faktor lemas.Juara renang pun boleh lemas kalau panik.Dalam tab mandi pun boleh lemas kalau panik.Yang penting jangan panik.Haa promote sikit.Aku yang pakai baju hitam sambil pandang member pakai baju 10 tu.Aku jadi safety guard kejap.

Mendengar taklimat perang di Kem Asas.

Ok.Ada perang.Yes,Aku suka perang sebab kami memang kena lalui aktiviti wajib ni bersama budak Asas.Aku perang dengan dorang.Dorang 43 kami 14.Malam tu kami menang perang bom air.Di sebabkan Practical Warfare yang telah di ajar dan di serapkan dalam setiap komrad Advance,kami berjaya mengatasi dengan jayanya.

Tiba saat kemuncak ketika hari yang ke-4(isnin),aku bersama budak Asas akan mendaki gunung ledang.Mula mendaki Jam o1oo.Di malam2 buta aku melangkah.Sampai tertidur dlam perjalanan.Setiap kali tiba di check point aku akan tertidur.Pacat meneguk darah tak ku endah.Yang penting misi aku tercapai.Tapi kali ini pendakian tidak ke puncak kerana ada runtuhan kata pihak urusetia.Jadi kami hanya sampai di puncak gunung Runduk.Lepas bergambar aku turun(gambar di bawah).



Malang tidak berbau.3 peserta collapse.Seorang terpaksa diusung dan 2 orang lagi di papah.Perjalanan ambil masa 7 jam.Penat dan letih.Tanpa mental dan fizikal yang kuat,memang kami akan terkandas di dalam perjalanan turun.Alhamdulillah,sampai ke base Jam 2200 setelah bertolak pada Jam 1342...Hampir 9 jam.



Sampai di khemah.Tulang sakit segala.Tidur menjadi target utama.Tapi ada hidangan istimewa untuk semua peserta.BBQ dan air oren menjelma.Aku pergi menyantapnya.Kemudia baru tidur bermula.Oh sedapnya.

Bangun pagi tanpa menghirau apa2.Kaki ku berdarah kerana pacat bermaharajalela.Aku peduli apa.Kini waktu bersiap pulang.Oh puasnya.
Dengan berjayanya aku sebagai Komrad Advance maka berjaya lah aku tamatkan semua ini 5 hari 5 malam..

Sebagai ahli GPMS yang bermotto kan 'Belajar terus Belajar,akan aku teruskan perjuangan menegakkan pendidikan Bangsa Melayu dan kepentingan Bangsa tu dengan berpaksikan 4 sedar.

1.Sedar atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu.
2.Sedar akan kemunduran kami di alam pengetahuan.
3.Sedar atas kewajipan kami utk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
4.Sedar bahawa maju mundur,miskin kaya dan hina mulianya sesuatu bangsa itu terletak dalam tangan kami.


*kalau korang perasan,aku pakai 2 helai baju yang sama.satu jersi adidas,satu lg baju itam kolar round neck putih...kan2?
*siapa2 yg berminat ke ledang boleh la mnyertai kami ^^