Thursday, October 7, 2010

Teringat zaman sekolah

Time-time ni lah aku nak teringat zaman sekolah.Selalu ni tak pernah pun nak pikir langsung.
Tapi teringat yang best2 jelah.Kenangan yang sakai tu campak jauh nuh.
Kalau refresh balik memori ni,memang loading lama la sebab aku sendiri kabur apa aku dah penah buat kat sekola dulu.

Bangun pagi-Surau-Sarapan-Pergi assembly-Masuk kelas-Belajar-Surau-Lunch-Pegi kelas semula(prep class)-Surau-Main hoki-Dinner-Surau-Pergi kelas(prep malam)-Supper-Tidur

Itulah rutin aku.Tapi ada benda yang best yang aku teringat masa buat rutin2 ni.

Bangun pagi
-masa dulu aku tukang kejut orang bangun,dari bilik ke bilik aku round.Paling best tengok
cara budak2 ni liat nak bangun.

Pergi Assembly
-Yang ni sebahagian jugak kegemaran aku.Aku memang suka melalak nyanyi lagu sekolah nih.Tambah lagi kalau ada budak kena denda,memang aku la tukang gelak(tapi dalam hati).

Masuk kelas
-jumpa budak2 masuk air memang best.Layan je diorang sambil aku tergelak-gelak.Nak melawak tak pandai,dapat dengar je la.

Prep
-Disebabkan sekolah aku amat menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan,so agak susah la nak jumpa diorang.Tambah lagi aku ni 'shy shy cat'.So,time ni la aku jadi stalker.Pandang je pun,tak luak kan?

Main hoki
-Aku rasa inilah satu-satunya life aku yang bermakna.Takde hoki takde lah happening.Best woo main hoki.Bantai kaki orang.Dan sampai sekarang aku tak kenal siapa budak perempuan yang kena pukulan bola halilintar aku dulu.Harap2 tulang belakang kau okay la ye.

Malam.
-Aku merumus kan malam sebab malam bagi aku adalah ngantok.Start dari aktiviti lepas maghrib sampai lah ke waktu tidur.Aku memang pasif waktu ni.So,tidur adalah benda menarik bagi aku.

*Bekerja lah sesempoi yang boleh.




No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA