Tuesday, October 5, 2010

Cinta Agung



Indahnya pabila dicintai seseorang.Dua keping hati yang bertaut pasti sekali lagi melakar kisah cinta Shah Jehan dan Mumtaz.Tetapi,bercinta memerlukan pengorbanan yang besar.Sanggupkah kita berkorban?Sebelum kita terkorban dalam perangkap percintaan,lebih baik kita menyerah kalah.Bukan kerana pengecut,tetapi kerana ada cinta agung yang lebih baik iaitu cinta kepada Allah.

Ku menolak selain dari cinta kepada Dia
Mungkin pengalaman masa lalu
Atau risaukan masa hadapan
Kerana aku masih mengemis cinta Dia

Bila disebut soal cinta,maka menyusul perkara jodoh.Ada jodoh,tak kemana lah cinta itu.Ya.Sudah tertulis di Luh Mahfuz dengan siapa kita berjodoh.Jangan risau dan gusar.Hanya berdoalah kepada Yang Esa agar jodoh kita bersama dengan orang-orang yang soleh.

Aku bukan lah yang terbaik
insan sepertiku hanya layak diketepi
tapi aku yakin suatu masa nanti
aku akan kenali diri
saat itu ,aku akan menghampiri

Usah sedih jika kita tiada cinta dari manusia.Biarlah cinta kita ditolak manusia.Kerana cukuplah Allah tempat kita meluahkan cinta kita.Sedetik cintamu pada Allah,akan mencurah-curah cintaNya padamu.Dialah yang Maha Agung.Allah tak pernah menolak cinta hambaNya yang selalu mengharap.



*Sahabatlah tempat kita bergantung harap

Kepada kamu,awak,dia dan sesiapa.Ingatlah pesanku ini,saat kita mencelikkan mata dari lena tidur,nama siapakah yang terlintas dari hati..?Jika nama Allah,bersyukurlah kerana kamu ada cinta kepadaNya.Jika bukan,marilah sama-sama kita mencari Cinta Agung Illahi.
Aku juga manusia biasa.Lemah dan tak terdaya.

***Dedikasi kepada pencinta2 manusia.

1 comment:

  1. Susahnya untuk menjadi sebaik tu. Saya pun ade suka kat orang. Tapi kan dah terlepas cakap pun kat dia. Hehe.

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA