Wednesday, August 25, 2010

Kejamnya


Kejam ke kalau ada orang bonceng motorsikal kita pastu kita suruh dia turun?
Kejam ke kalau ada orang lapar pastu kita makan secara sorok-sorok?
Kejam tak kalau orang yang kita benci ditimpa musibah lalu kita cakap "Padan muka"
Kejam sangatkah kalau kita maki kawan kita yang tak sembahyang?
Kejam tak kalau kita marah kawan kita yang suka pinjam barang kita?


Tapi kan,itu tak kejam sangat

Kejam lagi orang yang selalu nak tumpang motosikal kita pergi sana sini,tapi duit minyak tak hulur pun.Dah la berat macam badak.

Ini lagi kejam.Masa ada duit banyak dia beli baju,kasut sampai habes beratus-ratus tapi bila bab nak makan dia lupa poket dah kering.Member2 tak sampai hati nak makan depan dia.

Kejam lagi orang yang merendah-rendahkan kawan-kawannya sampai lupa kawan-kawan tu dah banyak berjasa pada dia.

Kejam lagi orang yang kita cakap lembut-lembut suruh solat tapi dia tengking kita suruh jaga hal sendiri.

Kejam lagi orang yang jadikan harta orang lain seperti hak milik sendiri.Habes sume harta member nak dipakainya.Ingat ini hotel ke ada special service.Silap-silap awek kita pun dipunyakannya.

p/s: kalau ada kekejaman yang dialami,jangan tulis pada status facebook jer..

Monday, August 23, 2010

Berbuka Puasa Kala Senja


Tarikh:22 Ogos 2010(sabtu)
Waktu:7.12 petang
Tempat:MRSM Alor Gajah

Jam 5.34 mama telefon tapi masa tu aku tengah tidur.Aku jawab panggilan mama tapi baru aku perasan yang ada tiga missed call dari mama mula dari pukul 5 petang.Hati terasa malas-malas pulak jawab tapi bila mama ajak aku berbuka,apa lagi aku pun go on jelah.
Best jugak berbuka atas jalan and outdoor nih,angin sepoi-sepoi je.Tapi kagumlah tengok sekolah adik aku ni,siap boleh berbuka dengan family lagi tu.Kalau sekolah aku dulu memang tak dapat lah.Sebab sekolah aku tak berfikir sejauh ni.Yela sekolah mana boleh berfikir kan.Orang2 kat sekolah sepatotnye fikirkan.

Saturday, August 21, 2010

Tunggangan ku


Haish.Saat kawan2 lain bawak kereta,aku hanya mengkebaskan punggung aku dengan menunggang motorsikal Honda Wave 100 R .Jealous pon ada tapi aku kena bersyukur.Kalau takde motor ni macam mana aku nak merempit ke kelas hari-hari.So,dengan gagahnye motor bernombor plat NCF 7202 inilah yang selalu mengaum di atas jalan raya.

Tapi kebelakangan ni,motor aku seperti sudah nazak.Banyak penyakit menimpa beliau.Aku ni bukan lah pandai dalam sains permotoran ni sebab aku budak sains makanan.Macam-macam aku dah buat kat motor ni.Ganti rantai motor.Jangan memain taw motor pon pakai rantai dah.Lepas tu tukar "spoket".Actually ejaan betulnya cariklah sendiri.'Spoket' ni yang menggerakkan rantai tuh.
Then aku nak tukar tayar motor pulak.

Lepas ni sesiapa yang nak beli motor secondhand datang lah berjumpa aku.Mana ta kalau aku dah dapat kereta dan malas nak jaga motor ni,boleh la aku jual kat koghang.

Wednesday, August 18, 2010

Happy Ramadhan

Salam Ramadhan al Mubarak.
Bersama kita melaksanakan rukun Islam yang ke-3

Kecil Hati

mENtALiti mANusia itU sangat kecil
Dosa menjadi mainan,zina menjadi kebanggaan
Mereka manusia binatang
Bahkan lebih teruk dari itu.


Mereka bermula dengan cinta
Padahal itu nafsu semata-mata
Aku muak!!
Cinta bukan seperti itu
Ia anugerah yg suci
Mereka nodai istilah cinta yang sebenar


Bila benih mula bertunas,mereka cemas
Apakah mereka bodoh?!
Mana mungkin seorang petani membuang
hasil tanaman yg di semai
Tapi kerana memang binatang itu tidak berakal
Anak benih mereka di lontar

Aku bermohon aku dan ahli keluargaku
bukan dari golongan ini

I JUST NEED SOMEBODY TO LOVE


i have heart
and my heart full with love
the love is too much
but i need someone to share it

i just need somebody to love
without somebody
i become no body