Monday, February 22, 2010

Pendam

Kamu dan semua orang!
Hanya aku dan diriku.
Salahkah bila aku bersalah?!
Sedangkan salah kamu semua aku mengalah!
Kamu dan semua menzalimi aku!!
Aku hanya Aku.
Aku berbuat baik kepada kamu.
Hingga terbit kebodohan aku
Demi siapa!!Depan siapa!!
Kalau bukan kamu semua!!

Pabila aku berkata
Aku dianggap pendutsa!!Penyedap cerita!!
Bila kuingin semua ketawa
Aku dipijak seperti hamba!!
Saat aku memberi ihsan
Kamu rakus tanpa kasihan!!
Aku cuba hidup di dunia ini
Kenapa semua mahu membenci!!

Aku penat!
Bukan hidupku melayan kerenah kamu!
Tapi mengapa aku boleh senyum?!
Sedangkan kamu mendengki aku!!
membenci aku!!
menyumpah aku!!
Kenapa??!!

Aku tidak perlu peduli kamu dan semua
Tidak sedikit simpati pun aku pinta
Biarpun hidupku ada gembira
tapi kamu merampasnya!!
Biarpun gagal datang menimpa
aku tahu kamu ketawa!!
Ketawakan aku!!

Kamu dan semua orang
Kalau aku dilayan sedemikian
Dianggap bukan seorang insan
Aku risau
Kalau suatu hari nanti
Bangkit satu kegelapan diri
Aku menunggu
Kalau sampai waktu itu
Darah kamu semua menjadi mandianku!!

Ketahuilah kamu semua
Aku bukan mahu begitu
Tapi masih tegar
Jadi
Biarkan aku
Biarkan aku

1 comment:

KOMEN-KOMEN LA