Monday, February 22, 2010

Pendam

Kamu dan semua orang!
Hanya aku dan diriku.
Salahkah bila aku bersalah?!
Sedangkan salah kamu semua aku mengalah!
Kamu dan semua menzalimi aku!!
Aku hanya Aku.
Aku berbuat baik kepada kamu.
Hingga terbit kebodohan aku
Demi siapa!!Depan siapa!!
Kalau bukan kamu semua!!

Pabila aku berkata
Aku dianggap pendutsa!!Penyedap cerita!!
Bila kuingin semua ketawa
Aku dipijak seperti hamba!!
Saat aku memberi ihsan
Kamu rakus tanpa kasihan!!
Aku cuba hidup di dunia ini
Kenapa semua mahu membenci!!

Aku penat!
Bukan hidupku melayan kerenah kamu!
Tapi mengapa aku boleh senyum?!
Sedangkan kamu mendengki aku!!
membenci aku!!
menyumpah aku!!
Kenapa??!!

Aku tidak perlu peduli kamu dan semua
Tidak sedikit simpati pun aku pinta
Biarpun hidupku ada gembira
tapi kamu merampasnya!!
Biarpun gagal datang menimpa
aku tahu kamu ketawa!!
Ketawakan aku!!

Kamu dan semua orang
Kalau aku dilayan sedemikian
Dianggap bukan seorang insan
Aku risau
Kalau suatu hari nanti
Bangkit satu kegelapan diri
Aku menunggu
Kalau sampai waktu itu
Darah kamu semua menjadi mandianku!!

Ketahuilah kamu semua
Aku bukan mahu begitu
Tapi masih tegar
Jadi
Biarkan aku
Biarkan aku

Friday, February 19, 2010

bila muka di buku berpuitis

Salam.Gong xi fatt chai to all chinese.Dalam
mood cuti pertengahan semester ni,barulah
aku ada peluang nak update entri.Alasan biasa,
aku sibuk.Sibuk ke aku atau aku je yang
menyibukkan diri.Macam bese,entri baru
mesti ada benda baru nak story.Tapi
masalahnye tak tahu nak story pasal ape.Nak
citer pasal politik memang terus black out
la kepala otak nanti nak memikirnye.Nak citer
pasal love story aku konfem2 la takde lagi.
Nak citer pasal kolej buat ape kalau satu sen
pun tak hulur kat aku.Pandang atas,pandang kiri.
Atas ada kipas,kiri ada gitar kapok.Last-last
satu benda pun tak story karang.Baik.
Mulakan.

Facebook.Aku ada facebook.'fahri muhammad'.
Persoalannya aku selalu tulis status yang
ala-ala puitis romantis.Selalu dapat komen
yang meng'down'kan tapi tak kesah sangat
sebab take it as pendorong.Banyak gak la
yang aku tulis kat ruangan tu.Contoh

"kutitipkan kasih dari petala langit yang tujuh,
agar ada yang melihat biasan pelangi cinta."

'harungkan denai kesukaran dengan tuntunan
dia yang tegar mencari jalan memudahkan"

so,banyak lagi.Aku buat benda ni atas suka2.
Bukan nak menunjuk atau memujuk sesape.
Hanya nak berkongsi kata-kata yang direka.
Sebab biasa kita lihat ayat-ayat camni
ditujukan kepada ada relationship kat dalam
facebook tu.But,aku buat untuk someone in
somebody.Kenalah sharing dengan sume orang
Tapi sesape yang still assume aku mat bunga,
mat jiwang aku terpaksa akur pada logik akal.
Memang itu kategori yang sesuai.
Kalau ada yang takut dilambuk ombak jangan
berumah di tepi pantai.
Kalau takut meminta kasih,jangan sampai
cintatak sampai.