Tuesday, January 12, 2010

Campus/Nama Allah/Bunuh

Salam.Aloha.Buat pertama kalinya aku menulis
semasa berada di kampus.Untuk meneruskan pengajian.
Berbekalkan wi-fi kampus yang suam-suam suku ni,
aku teruskan menulis.Sedikit story pasal campus,
aku mula masuk ke asrama pada tanggal Ahad,10 Jan.
D001 nama keramat bilikku.Hari pertama aku tidak
ke kuliah.Holiday mood.Hari kedua aku masuk kelas.
Aku cuba berlagak seperti biasa walaupun semester
ni cuma dua orang sahaja lelaki dalam kelas.Yang
lain perempuan.Allah bagi gambaran.Pepaham la
gambaran ape ye.Cukup pasal aku.Titik.

Isu penggunaan nama Allah dah ada kemajuan.
Walaupun agak terkontang kanting keadaannya
dengan penangguhan keputusan mahkamah tapi
aku situasi berpihak kepada kita.
Dengan keberkecualian dari Majlis Gereja,
aku rasa rupa2nya selama ni surat khabar
tu yang syok sendiri nak guna nama Allah.
Keperihatinan beberapa NGO Islam dan
beberapa pemimpin juga membantu hingga
membuatkan pihak mahkamah perlu amibil kira
dalam mengeluarkan keputusan.Syabas.

............sudut lain.....................

Bunuh.Satu pembunuhan di Bukit Rokan,Gemencheh,
Negeri Sembilan telah mengejutkan Malaysia.
Rujuk Suratkhabar .
Walaupun disebut satu pembunuhan tetapi telah
mengorbankan empat nyawa.

Fakta yang tidak diketahui:

1.Jarak tempat pembunuhan hanya 10km
dari rumah aku,Palong Enam.Kira-kira
20 minit perjalanan.
2.Semasa hari kejadian berlaku aku keluar ke
Seremban dan aku melalui kampung tersebut.

No comments:

Post a Comment

KOMEN-KOMEN LA