Friday, January 22, 2010

Love at First Sight(LOFIS)


Pertama kali ku bertemu denganmu,
Sayunya hatiku merindui dirimu,

Apakah mungkin engkau menerimaku,
Kerna aku bersedia mencintaimu.


Bait-bait lirik dari sebuah lagu.
Luahan Hati compose by Apit.Korang
leh dengar tengok kat youtube.Cukup.
Bukan pasal lagu jiwang ni yang nak
aku bicarakan tapi mengenai
cinta pandng pertama atau bahasa
orang putehnya,love at first sight.
Sejauh mana kewujudan dan kebenarannya?
Setelah menekan keyboard lappy aku
dan mencari abjad F.I.R.S.L.O.V.E.S.I.G.H.T,
akhirnya aku menjumpai beberapa
fakta yang sangat menarik.Dan benda
ini memang ada.Sebab aku sendiri
selalu mengalaminya.Opss.Jangan
korang takut pulak ya gadis2.Walaupun ia
terjadi,aku takkan sewenang-wenangnya
untuk jatuh hati.Nanti tak pasal2 diriku
dipulaukan.Lupakan pasal
'kemerepekan' tadi.Kembali kepada fakta.

48% peratus lelaki percaya pada
cinta pandang pertama dan sememangnya
hanya lelaki yang love at first sight.
Patotlah ramai lelaki kat mall yang
suka phewwitt2 berbanding wanita.

Love at first sight berlaku apabila
kita membuat eye contact selama 8.2 saat.
Wow.Cepatnya boleh jatuh cinta.Aku rasa
kalau makan kuih pon tak secepat ini.

Cinta pandang pertama bukanlah
sesuatu yang mustahil.Lumrah
manusia hatinya berbolak-balik.
Nampak yang ni,nak yang ni.
Nampak yang itu,nak yang itu.
Tapi dengan love at first sight(LOFIS)
la kita mencari cinta.Kita bermula bicara,
kerna mahukan si dia sebagai isteri tercinta.
Pernah aku bertanya seorang DR.LOVE
yang tak berapa nak love sangat mengenai
LOFIS ni.

AKU:
Apsal aku cepat feeling kat pompuan haa?
Ko mesti penah dgr cinta pandang pertama
kan??Aku rasa aku pun macam tu la
Dr.Love:
Fakh.Sebenarnya mana ade dowh
cinta pandang pertama.Itu
dipanggil suka.Macam ko pandang pompuan,
mesti ada rasa suka.

AKU:
emm..yela
(takleh nak bangkang sbb dia dr.love)

Dr.love:
(Hati bangga sbb dia rse cam dah mjwb
dengan betol..)

So konklusi kepada cinta pandang pertama
adalah jaga mata tu.Jangan nak meliar je.
Lagi baik kalau pandang bawah
bila berjalan tu.
Kalau nak ikutkan cinta si buta adalah
suci sebab dia menggunakan mata hati
as sight.

Sunday, January 17, 2010

Dari Kawan Kepada Kekasih



















Terpanggil aku untuk menulis entri tajuk ni
selepas membaca status seorang rakan
di facebook.Status beliau "mengapa perlu
ada bezfren pompuan klu dah ada gf,dan
ada bezfren laki klu da ada bf".Mungkin
rakanku ini buat status ni berdasarkan
pengalaman sendiri ataupun daripada
pemerhatian beliau sendiri.Aku mengaku.
Benda ni memang selalu terjadi dan sukar
nak dikesan.Tapi aku tak katakan salah
selagi ia atas dasar kawan.Bagi mereka
yang ingin menjaga hati aku percaya
bestfriend bukanlah seharusnya berlainan
jantina.Teringat satu ungkapan menarik
'berkawan biar seribu bercinta biar satu'.
Dan seharusnya mereka-mereka yang dah
berpasangan itu janganlah cemburu sangat.
Dah pandai bercinta,kenalah pandai menjaga.
Tapi beringat,selagi belum ada ikatan yang
sah,tidak mustahil cinta beralih arah.So,
janganlah mencari pasangan awal sangat.
Takut nanti habis madu sepah dibuang.

Antara beberapa perkara yang aku kenalpasti
di mana ada kontra antara kekasih dan
kawan baik(yang berlainan jantina).
Ini hanya pandangan peribadi
semata-mata ye.Antaranya:-

1.Kalau tak sms atau call kawan baik diorang
takkan marah atau merajuk,tapi kalau dengan
kekasih,lambat je seminit mulalah muncung
panjang sedepa.Pastu mula mesti pikir bukan2.

2.Bila bersama kekasih,macam-macam rule kena
jaga.Suruh pakai baju ni lah,suruh off handset,
dan macam2 lagi.Yang ada pacar tu tahu-tahu
sendiri la ye.Tapi cuba kalau dengan kawan
baik takde pulak kan.Betol tak?Suka hati
sendiri je

3.Dengan pacaran kena panggil panggilan yang
memanja.Nanti kalau takde panggilan gitu
taklah berpcaran namanya.Hubby.Honey.Ayang.
Abang.Yeuwwww!!.Ada geli sikit la ketiak ni.
Haa dengan kawan baik boyz/girl takde plak kan.
Semua normal je.

4.Kekasih is very complicated and need more
attention.Kalau tak nanti ada yang putus kasih
di tengah jalan.But friend is very simple but
need attention too.

5.Ni last sekali ni.Kalau dah berpacaran susah
nak ada pacar/cewek lagi.Lainla Mat/Minah yang
Playhuman tu.Skandal.Skandal.Skandal.
Tapi cuba bila kawan baik,banyak untungnya.
Kita tak akan dimaki kalau kita berpacaran atau
mungkin si kawan baik(lain jantina) bakal
menjadi kawan baik untuk selama-lamanya.
Kena pikirlah sendiri.

Tuesday, January 12, 2010

Campus/Nama Allah/Bunuh

Salam.Aloha.Buat pertama kalinya aku menulis
semasa berada di kampus.Untuk meneruskan pengajian.
Berbekalkan wi-fi kampus yang suam-suam suku ni,
aku teruskan menulis.Sedikit story pasal campus,
aku mula masuk ke asrama pada tanggal Ahad,10 Jan.
D001 nama keramat bilikku.Hari pertama aku tidak
ke kuliah.Holiday mood.Hari kedua aku masuk kelas.
Aku cuba berlagak seperti biasa walaupun semester
ni cuma dua orang sahaja lelaki dalam kelas.Yang
lain perempuan.Allah bagi gambaran.Pepaham la
gambaran ape ye.Cukup pasal aku.Titik.

Isu penggunaan nama Allah dah ada kemajuan.
Walaupun agak terkontang kanting keadaannya
dengan penangguhan keputusan mahkamah tapi
aku situasi berpihak kepada kita.
Dengan keberkecualian dari Majlis Gereja,
aku rasa rupa2nya selama ni surat khabar
tu yang syok sendiri nak guna nama Allah.
Keperihatinan beberapa NGO Islam dan
beberapa pemimpin juga membantu hingga
membuatkan pihak mahkamah perlu amibil kira
dalam mengeluarkan keputusan.Syabas.

............sudut lain.....................

Bunuh.Satu pembunuhan di Bukit Rokan,Gemencheh,
Negeri Sembilan telah mengejutkan Malaysia.
Rujuk Suratkhabar .
Walaupun disebut satu pembunuhan tetapi telah
mengorbankan empat nyawa.

Fakta yang tidak diketahui:

1.Jarak tempat pembunuhan hanya 10km
dari rumah aku,Palong Enam.Kira-kira
20 minit perjalanan.
2.Semasa hari kejadian berlaku aku keluar ke
Seremban dan aku melalui kampung tersebut.

Tuesday, January 5, 2010

Tuhanku bukan Tuhanmu

Salam.Aloha.Selepas lesu dalam proses hendak
menambah entri yang menarik dan outstanding,
akhirnya aku terpanggil untuk menulis pasal hal ini.
Aku bukan mahu mengulas pasal fakta2 yang ada dalam
kes ini tetapi aku mahu mengulas mengikut pandangan
sendiri.Mereka mahu menggunakan nama Allah sebagai
ganti perkataan God.Aku tahu Bahasa Inggeris.
Tuhan is God.And our God is Allah.
Tapi kenapa mereka mahu menggunakannya.
Aku tahu sikit pasal konsep Trinity mereka.
Allah is God.
Jesus is Son of God
Gabriel(Jibril)......
Tapi aku rasa dalam Bible dia guna perkataan He.
Bukannya Allah.Mereka bertuhankan jesus.


Aku tanya dia di facebook.
Sedih.Dalam ruangan komen"Bukan kat dunia
ni tuhan semua manusia Allah ke?
biar jelah dia guna.Tuhan dia pun Allah gak"

Di satu pihak yang lain.
Senang je mereka jawab."Biarlah pihak
berkenaan menyelesaikan masalah ini dengan
berkesan".Wait.Dia ni Islam.Dia ni tak
ada 'berkenaan' dengan Islam ke?
Pegang jawatan besar2 tapi bila
masalah Islam yang besar ini dengan selamba
dia kecilkan dengan pernyataan berikut.
Maybe nak jaga kepentingan politik

Huh.Cukup.Kawan aku cakap,semua ni agenda
politik.Fikir2kan lah..