Saturday, December 5, 2009

K<>K(KHATAM KATA)

Mirsya: Aku tak puas hati betullah dengan mamat tu!
Suwaibah: Eh, kenape ni sya?ko marah kat sape ni?
Misrya: Si Bisu anak orang kaya tulah.Ziyad.Budak tu senang2 je rampas
kedudukan dalam kelas.Selama ni aku sorang je yang selalu dapat
tempat pertama taw dlm kelas.Masuk je dia,terus aku dapat tempat
ke dua.Mentang2lah mak bapak kaya senang2 je rasuah pihak sekolah.
Suwaibah:Maksud ko Ahmad Ziyad ke?Ish ko ni.
Tak baik tuduh dia macam tu. Budak tu baik la. Kan rezeki tu di tangan Allah.
Mirsya:Ahhh..ak tak kira besok aku nak jumpa dia.Aku nak 'Sound' budak tu


Begitulah keadaannya bila amarah menguasai diri.
Setiap tindakan tiada teliti.
Manusia sempurna terasa bangga.
Dikalahkan si bisu, terasa dihina.
Kalau iman sudah dirempuh.
Bertakhta syaitan menyebarkan pengaruh.

Keesokkan harinya..

Mirysa:Oii budak bisu!Ko tu dahla cacat.Bapak kau tu rasuah pihak sekolah
Kau ingat aku tak tahu yang ko berjaya ni sebab rasuah bapak ko tu.
Ziyad(secara monolog):Astaghfirullah,apa salah aku.Kenapa aku diuji dengan
cubaan ini.
Mirsya : tak guna ak cakap dengan ko.Ko bukan boleh bercakap pon.Nah,rasakan!!
(mirsya melemparkan bungkusan air yg dibelinya ke badan Ziyad akibat
terlampau marah)
Ziyad(secara monolog):Masya Allah Mirsya.Ya Allah,kau maafkanlah kesilapan
mirsya Ya Allah.Sesungguhnya dia tidak tahu.

Kesian Ziyad.Dia diperlakukan sebegini oleh sang puteri yang kejam.
Dimanakah hilangnya nilai2 Islam pada diri Mirsya.


......................sebulan kemudian......................................



Mirsya disahkan menghidapi penyakit bengkak hati.Kronik.Dia memerlukan seorang penderma.
Rakan2nya selalu menziarahinya.Kesemua rakan-rakannya KECUALI Ziyad.

Mirsya:Su,Kenapa ziyad tak pernah jenguk aku?Dia marah kat aku ke?
Suwaibah:EH tak lah.Dia ada tanye gak pasal kondisi kau.Maybe dia takde masa kot.
(Suwaibah seperti menyembunyikan sesuatu)

Tiba-tiba masuk seorang doktor.Doktor Zainur Rayyan.

Doc:Saya ada berita gembira untuk awak.
Mirsya:Apa dia doctor?
Doc:Awak sudah ada penderma.Nanti awak maklumkan keluarga awak serta jangan lupa
isi borang keizinan bedah besok ye.Insya Allah minggu depan awk dibedah
Mirsya dan Suwaibah:Alhamdulillah


Mirsya selamat dibedah.
Terlantar di hospital untuk rawatan susulan akhirnya pulang ke rumah
dua minggu kemudian.

Dia menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa.

......................setahun berlalu...................................


Mirsya:Su,budak ziyad tu pindah mana ye?Lepas aku sihat tak penah aku
nampak batang hidung dia pun.Dah la tak pernah jenguk aku.
Suwaibah:errrmm..
Mirsya:Kenapa su?
Suwaibah:Aku rase dah tiba masa ko taw hakikat sebenarnya.Ziyad dah lama
kembali ke rahmatullah.Dia dah tinggalkan kita.Untuk pengetahuan kau,
hati kau adalah kepunyaannya.Ya.Dialah yang derma hati kat ko tu
Mirsya:Betul ke su(sambil menahan sebak di dada)
Suwaibah:Betulla.Ziyad mahu semua orang merahsiakannya dari ko.Ko bacalah surat dari dia ni.
Aku tak mahu bagi kau sebab aku taw kau akan kecewa seumur hidup kau.Tapi aku harap kau tabah lepas membacanya.


Salam ya ukhti,
Sepuluh jari saya susun tanda seribu kemaafan saya panjatkan kepada awak
sekiranya ada salah dan dosa saya yang jijik pada pandangan awak.
Ampunkan saya.Barangkali saya sudah menemukan Yang Maha Esa
saat awak menerima surat ini.Mirsya,kali pertama saya datang ke
sekolah ini,saya terserempak dengan awak semasa masuk ke kelas.
Dan hati saya mengatakan awak seorang yang baik.
Awak gadis yang pintar dan tidak mudah digoyah oleh kami kaum Adam.
Saya kagum dengan ketegasan dan keistimewaan awak.

ukhti mirsya,
Semasa awak melemparkan fitnah di depan saya,saya berasa
malu yang teramat sangat.Sahabat2 yang lain memandang
sinis saya.Alangkah bagusnya kalau saya dapat berkata-kata
walau seminit sekalipun cukuplah untuk membela diri saya.
Janganlah awak gusar mirsya kerana saya sudah maafkan awak.
Kadang2 saya tersenyum bila mengingatkan waktu itu kerana
itulah saat pertama awak mahu bercakap dengan saya.
Susah hendak melihat awak bercakap dengan lelaki kecuali dengan
rakan2 dakwah awak.Mirsya,apabila saya mengetahui awak ada penyakit,
saya berasa sedih.Tidak malu untuk saya nyatakan di sini bahawa saya
menangis bila mengenangkan nasib awak.Saya tidak mahu awak senasib
dengan saya.Saya adalah penghidap tumor otak yang bila2 masa
sahaja saya akan tinggalkan dunia ini.Oleh itu,saya wasiatkan hati
saya ini kepada awak dan sesiapa sahaja yang memerlukan jika saya
dikembalikan lebih awal.Ingin saya berpesan disini Mirsya bahawa
kekayaan dan kesempurnaan bukanlah matlamat hidup seorang insan.
Tapi al jannah lah menjadi visi utama hidup kita.Janganlah
kamu turuti hawa nafsu kerana ia adalah sahabat syaitan yang paling setia.
Mahukah kamu menjadi sahabat syaitan?
Sampai disini untaian kata dan bicara dari saya.Kalaulah saya dapat
hidup lebih lama,akan saya bimbing kamu seumur hayat saya.

salam
ahmad ziyad bin abdul ghaffur

Mirsya:maafkan saya ziyad..isk3


p/s:Sori kalau ada frasa2 yang salah ataupun ayat yang kurang memberangsangkan.
Berjinak-jinak baru dalam cerpen.hehe

5 comments:

  1. salam...
    bagusnya dah mula berkarya
    ok cerpennya tapi ada sdikit kemusykilan..

    mcm mane dpat idea yg laki tu nak derma hati kat perempuan tu??? n kenapa laki tu tetiba suka perempuan tu???

    satu lagi... knapa laki tu bisu tapi ade kat sek biasa?? mcm tak logik. klu masuk sek khas leh terima la.. maaf mengkritik....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. wasalam.
    Terima kasih mengkritik.
    Sebenarnya Ziyad dah lama berkenan dengan perwatakan Mirsya seperti yang dinyatakan dalam surat yg ditulis.Secara diam2 Ziyad kagum dengan Mirsya.Dia sukakan Mirsya.Cuma perangai Mirsya yang tegas membuatkan mana2 lelaki xkan bermanis kata dengannya.Tetapi Ziyad ikhlas.Walaupun dihina oleh mirsya.Dan di akhir surat yang dtulis Ziyad ada bagi hint berbunyi "Kalaulah saya dapat hidup lebih lama,
    akan saya bimbing kamu seumur hayat saya".Tanda kalau ziyad hidup dia berniat mengikat janji utk menjadikan Mirsya calon isteri.
    Dan psal derma hati tu,idea dapat bila hati Mirsya bengkak.Sebenarnya penulis x nyatakan semasa Mirsya sakit,Ziyad juga terlantar di hospital.Malahan hospital yang sama!Mengetahui keadaan Mirsya,Ziyad sanggup menawarkan hatinya kepada Mirsya kerana Ziyad tahu dia xkan hidup lama.Penyakit tumor otak ziyad menunjukkan keperatusan ziyad untuk hidup cuma 3%/
    Dan pasal kelogikkan seorang buta ke sekolah biasa memang x logik pon.Tapi benda ni terjadi kerana Ziyad ini sebenarnya anak seorang usahawan soya dari indonesia yang kaya.Bapanya menempatkan Ziyad di sekolah biasa sementara waktu sahaja kerana belum temui sekolah khas untuk dimasukkan.Jadi kalau dilihat pada cerpen tempoh masa Ziyad berada si sekolah bese tu cuma sebulan then dia sakit.Sewaktu dengan Mirsya.So,ni la yang dapat dijelaskan.



    p/s:huraian yang diberikan adalah rekaan semata-mata sepertimana cerpen ini direka

    ReplyDelete
  4. xpe2
    dah ok dah cerpen tu
    nama pon cerita rekaan
    lpas ni boleh cuba lagi wat cerpen
    yang lbih real..

    ReplyDelete
  5. salam..

    hai fakhri..
    hehe..
    ganas gler la pempuan tu..
    kalau mcm yg di'describe' zayid dlm surat tu
    ada ke pempuan mcm tu yg seberani dia??
    huhu..

    masih bnyk kena perbaiki kot..
    xpe2..
    keep it up!

    ReplyDelete

KOMEN-KOMEN LA