Tuesday, December 15, 2009

Tips tinggal di luar kampus

Tips untuk tinggal di luar kampus(berdasarkan pengalaman aku).
bagi student universiti2 di Malaysia.Boleh juga diaplikasikan
bagi pekerja-pekerja kilang yang tak dapat hostel.:p


1.Make sure yang tujuan tinggal luar asrama ni sebab
tak dapat offer hostel ataupun memang berhajat sangat nak duduk
luar.Jangan sebab pengaruh dari sesape.Nanti menyesal kelak.

2.Of course nak duduk luar mesti ada rumah tapi itu perkara ke-3,
biarkan dulu.Yang paling penting cari bakal2 'family' kat rumah
kamu nanti.Ini kena pikir sendirilah camne nak cari.
Make sure member tu bagus,jangan hancus.Nanti dengan anda2 lobos.

3.Tip cari rumah.Sabda Nabi s.a.w,tengoklah jiran2 nye dulu kalau
nak mencari penempatan.Betul tu.Kiri kanan rumah lagi baik
kalau jiran Melayu.Jangan jadi macam aku.Di kanan India,di kiri
Cina.Anjing berkeliaran seperti kutu tak bertuan.

4.Rumah yang dipilih hendaklah menepati citarasa manusia sederhana.
Bukan citarasa jembalang ataupun putera raja.Sewa dikenakan
hendaklah berpatutan.Kalau tak kamu yang kesempitan.Aku sewa
dulu pun lebih kurang RM300 share dengan 5 orang.So,satu kepala
Rm 60.

5.Dah dapat rumah?Sebelum nak duduk kenalah bersihkan dulu.
Bukan setakat sapu je tapi basuh sekali.Basuh dalam rumah tu.
Melainkan rumah yang baru ditinggalkan atau ada perabot free dalamnya.
Mase aku sewa rumah,lebih kurang 3 bulan takde penghuni.Kenalah basuh
sebab dah macam reban ayam.Buang elemen2 yang tak sepatutnya ada.

6.Tiba saat nak masuk rumah.Baca yasin.Suka hati nak baca berapa kali.
Kalau malas baca yasin pasangkan bacaan ayat2 Quran.Teruskan selama
malam berturut-turut.Sebab kita tak tahu 'sape' yang ada kat dalam
rumah tu sebelum ni.

7.Make sure selain daripada barang2 peribadi,barang2 dapur juga
lengkap.Tak kiralah kamu lelaki atau perempuan,pastikan ada dapur.
Itu penting.Lagi cantik kalau ada peti ais.Rumah aku dulu takde.
Nak harapkan rice cooker aku tu,masak maggie dengan spagheti jela.
Hari2 makan kedai boleh rabak poket oo.So,pastikan dapur anda menyala.

8.Sori.Aku lupa perkara penting.Benda ni aku tak buat dulu tapi
sepatutnya kena buat.Lantik ketua rumah dan bincang undang2 rumah
dan tugasan2 rumah setiap 'family'.Undang2 tu contohnye,tidak boleh
bawak masuk bukan mahram,tidak boleh balik lewat dari pukul 2 pagi.
Terpulang.Memang nampak takde bezanya dengan duduk asrama kalau
ada peraturan macam tu.Orang positif akan berfikir positif dan sebaliknya.

9.Jarak rumah dengan fakulti mesti jauh.So,pandai2lah
cari kereta ke,motor ke untuk berulang alik.Jangan tahu menumpang je.
Nanti silap2 muka anda dipelempangkan.

10.Never ever bawak TV.Kalau bawak juga alamat tak jadi
setiap pekerjaan tu.Tambah2 lagi yang 'hantu TV' tu.
Belajar tah ke mana,TV tah ke mana.

11.Ada pakwe atau awek?Don't try to bring them home!!!
Memang besar pantangnya tu.Sebab sekali je dah bawak,
maka berkali-kali lah akan berulang.Dan lagi hina adalah
jika tinggal bersama-sama mereka.Samada semalam sahaja
atau sepanjang semester.Ini berlaku di tempat aku.Kiamat sudah
la tu.

12.Aduuh lupa lagi.Solat jaga.Tak kisah la kat mana2.Dalam hutan ke.
Kalau nak lagi bagus,berjamaah la dengan member serumah ye.

13.Akhir sekali kalau selesa duduk luar,teruskan.Kalau tak selesa,
angkat kaki dan cabut keluar la ye.

N: Tak semua kehidupan di luar kampus ni teruk.Ikut masing2 punya
perangai la.Pandai2 jaga dirilah.Semester yang akan datang aku
duduk asrama.So,selamat tinggal kehidupan luar hostel.

Monday, December 7, 2009

Cinta Anta Enti

Cinta Anta Enti 2





Box 1
Kalau tak kapel takleh bina ke?
Betul..cinta itu fitrah.Sebab itu Islam
dah sediakan jalan terbaik tuk kita bercinta.
Melalui nikah,cinta itu halal,
terhindar daripada fitnah dan terjaga kesuciannya.
Niat yang baik biarlah dilaksanakan dengan
cara yang betul.

Box 2
So..kapel HARAM.huhu..diulang HAROM.
Sebab pe?
korang maybe lah dah terlepas dari zina mata,
mulut dan anggota-anggota badan yang lain.But then,
zina hati?Susah nak dielak.Bila dah rindu meindu
ingat teringat dan terbayang-bayang si dia,
hati koghang secara tak langsung dah berzina!
Prevent is better than cure kan?
Nabi kita dah pesan sume tu..

Box 3
Huhu..kena clash ke ni?
Terpulang..tepuk dada tanya taqwa.
Kalau betul nak bina baitul islam,
jaga jalan tersebut sungguh-sungguh.
Barulah rumahtangga yang bakal dibina
nanti sejahtera.Takdela haru-biru,
gadoh-gadoh,cerai-berai macam yang banyak
berlaku sekarang.
Allah PASTI beri kemudahan kepada
hamba-Nya yang taat.


I Love Allah

Cinta Anta Enti

Cinta Anta Enti 1




1#
Assalamualaikum sedara,tanya sikit.Sedara kapel-kapel
macam ni tak salah ke?


2#
woop..no.no.no..kami kapel mane ade dating-dating,
pegang-pegang tangan macam kapel lain.Kalo
jumpa pun jarak 2 meter tau.tak baik buat maksiat.


1#
Oh..kiranya cakap-cakap kat tipon jela


2#
Ish..mane ada sume-sume tu.Gayut-gayut tak main la.
Sms je.Tu pun kejut-kejut bangun subuh,bagi tazkirah,
kasi motivasi.Kami nak hubungan kami diredhai.Cinta
kami kerana Allah.Takkan nak masuk syurga sorang2
kot


1#
oh..oh..ada prinsip
Menjaga batasan la kiranya ni ?
Boleh yek korang tahan dengan godaan syaitan yang
dari dulu tak jemu-jemu atur strategi untuk lalaikan
manusia dari mengingati Tuhan.


1#
Mende-mende maksiat pun dia leh
nampakkan baik pada mata kita.
Err..u all tau ke tak ni?

cinta Allah cinta sejati

Sunday, December 6, 2009

Blog.



Salam.Pukul 4.45 pagi sekarang.Manusia semua tidur tapi aku
belum lagi.Dasar keturunan batman betol.Aku baru lepas baca blog
bebudak ni dan terus sign in untuk jadi follower diorang.
Walaupun aku tak kenal penulisnya siapa.
Salah satu cara nak promote blog aku dengan jadi follower mereka.
Bijak otak aku kan.Oh aku terlupa.Terima kasih kepada Mr.K
sebab bagi tips2 yang berguna kat aku.Nanti aku akan cuba
tidak guna loghat,akan ingat letak fullstop and bubuh perenggan.
Dan kau kata blog aku ni terabur,betul ke?Ada la agaknye.
Aku appreciate apa yang kau bagi tahu.Tujuan aku menulis
blog ini bukan untuk menyedapkan hati atau memuaskan
sesiapa ye.Cukup sekadar aku dapat menulis,berkarya and
berkongsi.Dan aku minta maaflah sebab aku tak fokus langsung
kat penyusunan dalam setiap entri.

Dalam dunia blog ni macam-macam genre ataupun
kategori blog yang ada.Pelbagai.Dan bukan dari manusia yang
sama tapi bermacam kerenah.Diorang pikir diorang tulis.Diorang
tulis apa yang diorang pikir.Dan aku turut juga ada kat dalam
golongan yang macam ni.Maybe bagi blogger yang ada tujuan tertentu
tu lain cerita la.Ada menulis untuk carik makan dan macam2 lagi.
Member aku R pernah suruh aku buat satu blog untuk dia.Blog untuk
promote barang2 MLM dia.I said yes but aku tak buat pun.
Apa kejadahnya aku buat blog untuk kau.Kejam aku ni kan.
Tapi itu lah hakikat.Lainla kau hulur RM200 kat aku baru aku buat.
Yelah kan.Kau untung banyak tapi aku dapat penatkan jari aku je.
Baik tak payah.Jangan tiru perangai aku ni ye.Nanti lari kawan tu.
Aku je boleh sebab I do what I want to do.



FAKHRI

Saturday, December 5, 2009

Poligami di'poligame'kan

Aloha.Dah baca entri aku yang pertama?Bacalah kalau tak baca,sebab apa bakal aku cerita pasal
benda yang hampir sama.Poligami.Salahkah aku beristeri dua?Sedangkan syariat mengharuskan poligami berpandukan ayat Quran(Surah Nisa':Ayat 3).Buang tabiat ke aku ni.Kahwin pun belum tapi dah berpikir pasal poligami.Gam niat tu dulu.Supaya hidup tak di'origami' kelak.Ada juga tanya member perempuan pasal poligami ni.Tapi dia belum kahwin lagi la.Dia jawab ok je.So,kenapa masih ada yang macam sinis dengan poligami ni.

Gadis 1:Poligami?!!Yukkss
Gadis 2:Apo bonda ea poligami tu?politeknik tawla
Gadis 3:Alhamdulillah.Bakal suamiku berhak.

Kaum Adam jangan suka pulak bila diizinkan poligami.Difikir-fikirkan orang yang berpoligami ni,
berat yang amat sangat tanggungjawabnya.Kalau tak boleh berlaku adil better one than never.
Kalau betul ingin berpoligami,biarla betul cara nya.Jangan nanti isteri kamu jadi 'poligame'
Aku pernah menetap di rumah member yang mempunyai dua emak.Bukan sebab ibu tumpang atau mak angkat yang diangkat tetapi ayahnya beristeri dua.Seminggu di sana.Aku kagum.Ayahnye seorang imam yang baik.Solat disuruh berjemaah.Pekerjaan ok.Caring.Kebetulan waktu itu hari lahir ibunya yang pertama. Aku lihat ibunya yang keduanya masak,beli itu,beli ini dan saat si ibu pertama pulang dialah yang tunggu
depan pintu dengan kek.Suasana meriah.Dah macam dalam drama dah aku tengok.Dan aku boleh bandingkan dengan bapak2 yang beristeri satu tetapi berperangai macam hantu tu!!aku?poligami?Tidak.Aku tidak akan berpoligami.Di Indonesia,ada Parti Pro Poligami(PPP).Caye tak?Kalau tak percaya carikla kat intenet.Memang ada.Dan aku tak minat nak join pon sebab penyertaan hanya untuk orang Indonesia.Habis satu bab pasal poligami.Dan dulu aku pernah ditanya oleh seorang sahabat ni."Fakh,ko nak kahwin
lebih tak nanti?.Aku bagilah jawapan selamat takut2 dia nak test aku ke kan.So aku jawablah"Mestilah aku nak.Tapi kalau kau tanye aku kau nak kahwin lebih x klu isteri ko tu baik,melengkapi hidup kau dan paling penting dia cinta sejati kau ,mestilah jawapan aku tak".






K<>K(KHATAM KATA)

Mirsya: Aku tak puas hati betullah dengan mamat tu!
Suwaibah: Eh, kenape ni sya?ko marah kat sape ni?
Misrya: Si Bisu anak orang kaya tulah.Ziyad.Budak tu senang2 je rampas
kedudukan dalam kelas.Selama ni aku sorang je yang selalu dapat
tempat pertama taw dlm kelas.Masuk je dia,terus aku dapat tempat
ke dua.Mentang2lah mak bapak kaya senang2 je rasuah pihak sekolah.
Suwaibah:Maksud ko Ahmad Ziyad ke?Ish ko ni.
Tak baik tuduh dia macam tu. Budak tu baik la. Kan rezeki tu di tangan Allah.
Mirsya:Ahhh..ak tak kira besok aku nak jumpa dia.Aku nak 'Sound' budak tu


Begitulah keadaannya bila amarah menguasai diri.
Setiap tindakan tiada teliti.
Manusia sempurna terasa bangga.
Dikalahkan si bisu, terasa dihina.
Kalau iman sudah dirempuh.
Bertakhta syaitan menyebarkan pengaruh.

Keesokkan harinya..

Mirysa:Oii budak bisu!Ko tu dahla cacat.Bapak kau tu rasuah pihak sekolah
Kau ingat aku tak tahu yang ko berjaya ni sebab rasuah bapak ko tu.
Ziyad(secara monolog):Astaghfirullah,apa salah aku.Kenapa aku diuji dengan
cubaan ini.
Mirsya : tak guna ak cakap dengan ko.Ko bukan boleh bercakap pon.Nah,rasakan!!
(mirsya melemparkan bungkusan air yg dibelinya ke badan Ziyad akibat
terlampau marah)
Ziyad(secara monolog):Masya Allah Mirsya.Ya Allah,kau maafkanlah kesilapan
mirsya Ya Allah.Sesungguhnya dia tidak tahu.

Kesian Ziyad.Dia diperlakukan sebegini oleh sang puteri yang kejam.
Dimanakah hilangnya nilai2 Islam pada diri Mirsya.


......................sebulan kemudian......................................



Mirsya disahkan menghidapi penyakit bengkak hati.Kronik.Dia memerlukan seorang penderma.
Rakan2nya selalu menziarahinya.Kesemua rakan-rakannya KECUALI Ziyad.

Mirsya:Su,Kenapa ziyad tak pernah jenguk aku?Dia marah kat aku ke?
Suwaibah:EH tak lah.Dia ada tanye gak pasal kondisi kau.Maybe dia takde masa kot.
(Suwaibah seperti menyembunyikan sesuatu)

Tiba-tiba masuk seorang doktor.Doktor Zainur Rayyan.

Doc:Saya ada berita gembira untuk awak.
Mirsya:Apa dia doctor?
Doc:Awak sudah ada penderma.Nanti awak maklumkan keluarga awak serta jangan lupa
isi borang keizinan bedah besok ye.Insya Allah minggu depan awk dibedah
Mirsya dan Suwaibah:Alhamdulillah


Mirsya selamat dibedah.
Terlantar di hospital untuk rawatan susulan akhirnya pulang ke rumah
dua minggu kemudian.

Dia menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa.

......................setahun berlalu...................................


Mirsya:Su,budak ziyad tu pindah mana ye?Lepas aku sihat tak penah aku
nampak batang hidung dia pun.Dah la tak pernah jenguk aku.
Suwaibah:errrmm..
Mirsya:Kenapa su?
Suwaibah:Aku rase dah tiba masa ko taw hakikat sebenarnya.Ziyad dah lama
kembali ke rahmatullah.Dia dah tinggalkan kita.Untuk pengetahuan kau,
hati kau adalah kepunyaannya.Ya.Dialah yang derma hati kat ko tu
Mirsya:Betul ke su(sambil menahan sebak di dada)
Suwaibah:Betulla.Ziyad mahu semua orang merahsiakannya dari ko.Ko bacalah surat dari dia ni.
Aku tak mahu bagi kau sebab aku taw kau akan kecewa seumur hidup kau.Tapi aku harap kau tabah lepas membacanya.


Salam ya ukhti,
Sepuluh jari saya susun tanda seribu kemaafan saya panjatkan kepada awak
sekiranya ada salah dan dosa saya yang jijik pada pandangan awak.
Ampunkan saya.Barangkali saya sudah menemukan Yang Maha Esa
saat awak menerima surat ini.Mirsya,kali pertama saya datang ke
sekolah ini,saya terserempak dengan awak semasa masuk ke kelas.
Dan hati saya mengatakan awak seorang yang baik.
Awak gadis yang pintar dan tidak mudah digoyah oleh kami kaum Adam.
Saya kagum dengan ketegasan dan keistimewaan awak.

ukhti mirsya,
Semasa awak melemparkan fitnah di depan saya,saya berasa
malu yang teramat sangat.Sahabat2 yang lain memandang
sinis saya.Alangkah bagusnya kalau saya dapat berkata-kata
walau seminit sekalipun cukuplah untuk membela diri saya.
Janganlah awak gusar mirsya kerana saya sudah maafkan awak.
Kadang2 saya tersenyum bila mengingatkan waktu itu kerana
itulah saat pertama awak mahu bercakap dengan saya.
Susah hendak melihat awak bercakap dengan lelaki kecuali dengan
rakan2 dakwah awak.Mirsya,apabila saya mengetahui awak ada penyakit,
saya berasa sedih.Tidak malu untuk saya nyatakan di sini bahawa saya
menangis bila mengenangkan nasib awak.Saya tidak mahu awak senasib
dengan saya.Saya adalah penghidap tumor otak yang bila2 masa
sahaja saya akan tinggalkan dunia ini.Oleh itu,saya wasiatkan hati
saya ini kepada awak dan sesiapa sahaja yang memerlukan jika saya
dikembalikan lebih awal.Ingin saya berpesan disini Mirsya bahawa
kekayaan dan kesempurnaan bukanlah matlamat hidup seorang insan.
Tapi al jannah lah menjadi visi utama hidup kita.Janganlah
kamu turuti hawa nafsu kerana ia adalah sahabat syaitan yang paling setia.
Mahukah kamu menjadi sahabat syaitan?
Sampai disini untaian kata dan bicara dari saya.Kalaulah saya dapat
hidup lebih lama,akan saya bimbing kamu seumur hayat saya.

salam
ahmad ziyad bin abdul ghaffur

Mirsya:maafkan saya ziyad..isk3


p/s:Sori kalau ada frasa2 yang salah ataupun ayat yang kurang memberangsangkan.
Berjinak-jinak baru dalam cerpen.hehe

Friday, December 4, 2009

'Batal'ion 'Shit'an

Sejuk.Kat luar dah tak hujan tapi aku still rasa sejuk.Nasib baik cuaca sejuk ni tak membuatkan Mr.Setan mengambil kesempatan untuk men'tidak'kan aku menunaikan fardu kifayah orang lelaki iaitu Solat Jumaat.Semasa di masjid ,banyak perkara yang membuatkan aku termenung sejenak.First of all,tentulah khutbah yang di sampaikan walaupun kepala aku tak boleh tangkap sangat.Tapi main point khutbah tu adalah pasal meninggalkan solat.Aku tersentak.Imam kata"orang yang meninggalkan solat tak ubah seperti orang kafir".Aku tak nak jadi kafir.
Membuatkan aku termenung dan terfikir.Mudah-mudahan aku dapat menjaga solat selepas ini.

Selesai mendirikan solat Jumaat secara berjemaah,aku tunggu bersama-sama jemaah lain untuk meng'amin'kan doa imam,walaupun ada segelintir manusia-manusia yang meluru keluar setelah selesai memberi salam.Maybe sakit perut kot.Ataupun perut dah lapar,nanti kalau lambat, lauk kat rumah habis pulak kan.Hal orang.Sedang aku menadah tangan untuk berdoa aku terpandang seorang pak cik yang dah separuh abad usianya sedang meletakkan dua untai tasbih
kepunyaan masjid di kedua-dua belah telinganya sambil berdoa.Dia bergurau dengan kawan dia rupanya.But,he makes a joke in front Allah!!!Aku pun tak faham la dengan orang tua tu.Dah tua-tua pun ada perangai camtu.Kalau atuk aku buat camtu confirm aku bagi ceramah free kat dia.Aku takut bila teringatkan perangai aku dah tua nanti.Adakah perangai aku sekarang akan terbawak-bawak sampai ke tua.
Nabi pernah cakap kalau seseorang manusia itu tidak berubah perangainya selepas umur 40 tahun,maka tidak akan berubahlah manusia itu.Aku tak nak jadi macam tu.Ada masa lebih kurang 20 tahun lagi untuk aku betulkan sikap aku.Kalau tak maybe masa umur aku 4o tahun nanti aku masih main Counter Strike serta berchatting dengan nama samaran 'ziyad' seperti yang aku selalu gunakan sekarang.hehe..

Thursday, December 3, 2009

Artis pujaanku adalah hantu

Aloha.Salam dan terima kasih pada yang view blog ini.Ini bukanlah blog pertama yang pernah di'lahirkan' oleh aku.Okey forget about it.Hari ini hari Khamis.Malam Jumaat.Ada orang kata malam-malam camni ada banyak hantu.Betul ke?
Aku pun tak tahu.Kalau ada mesti aku dah seram sejuk.Tapi aku memang sejuk pun sekarang disebabkan cuaca di kawasan aku sekarang selalu hujan.Dan Kelantan merupakan 'kawasan tadahan hujan' buat masa ni.Kesian demo.Berbalik pasal cerita hantu @ ghost tadi ,terdetik
kat kepala aku setiap kali menonton televisyen Toshiba 24" kat rumah aku mesti ada rancangan pasal hantu dan yang paling seram jumlahnya banyak.Tak kisahla samada dalam bentuk drama,filem ataupun program tv.Banyak sangat ke untung buat cerita hantu ni
sampai dah takde cerita lain nak diterbitkan.Itu hanya 'mereka-mereka' yang tertentu je boleh jawab.Tapi pernah tak ada yang terfikir pasal kesan yang akan berlaku terutamanya kanak-kanak.Diorang akan mudah terpengaruh dan akan mudah berilusi.Sebab benda ni pernah berlaku kat aku,not now tapi masa kecik2 dulu.Dulu aku susah sangat nak tidur malam,
bukan insomnia tapi aku akan terbayang-bayang benda2 yang menakutkan sampai tak boleh tidur.Tambah lagi baru lepas tengok cerita setan confirm lagi susah nak tidur.Dulu kalau aku nak tidur lampu bilik akan aku buka sebab aku takut tidur sorang2 dalam gelap.Kadang2 sampai berpeluh bila lampu dipadamkan.Aku bukan penakut ye.Sori sikit.dan habit ni berterusan sampai aku Tahun 5 tetapi mula berkurang masa aku Tahun 6.
Itulah effect dari cerita-cerita hantu yang aku tengok dan aku still ingat tajuk-tajuk cerita tu antaranya Nenek Gerondong dan SundelBolong.Aku bukanlah membantah cerita-cerita hantu disiarkan tapi biarlah beragak sikit.Naik muak dah aku tengok.Kalau dah penuh semua siaran televisyen dengan cerita hantu aku pun tak peliklah kalau suatu hari nanti ada anugerah hantu terbaik bagi kategori drama seram.Kepada pengarah cerita2 hantu ni janganlah marah ye sebab aku
pun antara penonton setia drama2 hantu koghang jugak.Saje nak propa.hehe..

Sudikah awak menjadi isteri kedua saya?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!