Thursday, May 25, 2017

Ramadhan 2017

Bismillahirrahmannirrahim

Lagi sehari, akan bermula lah kewajipan umat Islam untuk berpuasa. Tiada siapa yang perfect dalam dunia ini. Termasuk jemari orang yang menaip ini. Sinonimnya Ramadhan adalah Bulan Ibadah. Dari yang jarang ke masjid, jadi rajin terawih. Jarang bertudung, kini bertutup kerudung. Taik hidung masin berubah jadi pemurah. Hebat nya Ramadhan. Hebat kah kita di bulan Ramadhan.

(ramadhan)
(selamat datang)

Tuesday, May 16, 2017

Wahai binatang

Basmallah...

Wahai binatang
beraja di hati hati
sehingga gementar segenap jiwa

wahai binatang
bersemi sebati dalam kata
babi anjing cipan bergema
dari mulut mulut puaka

wahai binatang
kau berwang bukan beruang
kau disuap seperti kera
kau malas tapi kaya
binatang apa kah

selamat tinggal binatang
setelah kau memperkosa
kau tinggalkan zuriat tak berbapa
binatang sungguh kau

Tuesday, April 4, 2017

Keselamatan

Jalan raya dah tak selamat
Pandu kereta kena cermat
Sini sana jumpa mayat
Jangan sampai di ambil hayat

Kereta motor lori pun ada
Cuai sikit ke gaung jawabnya
ada beringat ada lalai
tulang besi urat dawai

PDRM, JPJ banyak roadblock
banyak juga macam beruk
jalan lurus di bengkang bengkok
Elok di penjara biar meringkuk

Sunday, April 2, 2017

Di balik bayangan

Masih ada kewarasan
walau beberapa purnama
pasrah meniti belah
hirau menjauh keruh
habiskan sisa kita

Hanya Dia di alam ini
memberi kasih yang masih
takkan pernah padam

Oh jiwa yang sembilan
mana yang satu
akan pertimbangkan

Di awang awangan

Bismillahirahman nirrahim

Ahad adalah hari berehat bagi penulis. Ada yang berjalan, balik kampung dan bekerja. Tetapi bagi pekerja yang ada satu hari cuti dalam seminggu, ahad adalah masa untuk recovery selepas berpulas bekerja.

Masa yang ada terluang jangan lah dibazirkan begitu sahaja. Ada banyak ruang masa yang kecil untuk di penuhi. Walaupun bercuti, fokus tetap kena ada. Sikap berhabis habis masa, melayan perasaan dan tidak bergerak adalah petanda hati mati.

Masa kita adalah untuk kita.Masa untuk Allah adalah tanggungjawab kita.

Wednesday, March 29, 2017

Cerita GPMS

Bismillahirahman nirrahim

Setiap orang pernah berpersatuan, berkumpulan, berdua dan berseorangan. Tapi, mana yang lebih baik?

"Dan kami jadikan kamu secara berpasangan"

Mustahil untuk hidup berseorangan dalam dunia ini. Driver teksi pun perlu ada seorang penumpang. Raja perlu ada permaisuri.

"Mereka itu umpama binaan yang kukuh"

Bayangkan sebuah rumah, ada sebatang tiang yang tidak ditegakkan. Pasti roboh atau cacat binaan rumah itu.

Percayalah, hidup dalam keseorangan di dunia ini sangat membosankan.
Ingatlah, hidup di alam kubur pasti keseorangan.

Monday, March 27, 2017

Logika

Bismillahirrahman nirrahim

Kebenaran atau logik tidak selari dalam maksudnya tetapi penggunaan yang sesuai bagi menggambarkan realiti hidup. Kita tidak akan pernah berfikir fikir atau pun mencari cari logik atau kebenaran ini. Mana kan dapat. Pulang kerja sudah kepenatan, semasa kerja ada tekanan.

Seumpama pemuitis jalanan yang berbasa basi. Tak pernah tidak puisi nya dalam logika. Semuanya cereka.

"Wajahmu berseri seperti suria pagi"

Hey, pasti berapi muka nya jika seperti suria.Ini cuma banding bandingan yang belum pasti ada kebenaran. Hanya manis di mulut untuk menambat hati.

"TN50 pasti berjaya"

Ewah lantang sekali tuan menteri berjanji. Logikkah? Benarkah? Yang pasti belum tentu ada logik nya ucapan berbaur politik ini.

Tetapi, logik kah kata kata di atas?
Wallahualam.